Bacalah dgn mata hati~tanyalah iman~kita akn bertmu dgn hakiki..sesungguhnya ALLAH mngetahui isi haty hamba2NYA..

Posted by: ins-pirasi qalbie,


assalamualikum ingin saya kongsikan artikel inie buat renungan dan peringatan..agar diri tidak tersasar daripada matlamatnya..


selamat membaca sambil menghayati dengan mata hati..


Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalammengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remajayang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapijaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah. Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua

Kami tidak berzina!


Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina

Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanyakhabar,minum-minum…adakah itu menghampiri zina?


Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.


Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Janganbermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanyaamat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa.Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih1001 cara.


Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian danganseorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akanmenghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan.Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua mukapun!


Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora.Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepadasuatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawakepada penzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?


Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zinatangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya denganperasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahidengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinyajuga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan).Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud)


Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Janganbiarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yangboleh membawa kepada penzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!


Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselitdalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlangsekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawakebahagiaan.

Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalikpelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajarhendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakahberdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?


Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study group…?nampak macam lain macam saja. Manja,senyum memanjang,takmacam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua.Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau dudukberdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincangpelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran..

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awakkurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangannafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia.


Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat danmotivasi..

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkahkaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis.Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebihtenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.


Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untukbercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?


Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluriingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islambukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruhmembunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangannafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah danberdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cumatundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yangsihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kitasebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam..


Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelahijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yangbermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. ApabilaIslam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yanglebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelumkahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaituperkahwinan.


Sabda Rasulullah:

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecualinikah (Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia

Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan.Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudianberbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,dah beranipegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantinbaru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujungjalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yangbercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan.Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpanoda daripada seekor nyamuk sekalipun!


Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampaiberzina. Kami tahan diuji.

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhiperkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.


Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaanmanusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan denganujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibarmanusia.


Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga.Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allahberpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi.


Firman Allah:

Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlahdari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai danjangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamudari orang-orang yang zalim (Al-A’araf:ayat 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahusifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takutnanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri.Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan jugadilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanyakecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kitaAdam dan Hawa.


Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangankita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangansebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh denganlakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakondengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi.Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk adayang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yangmemujuk.


Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasabercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,diaseorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambatberjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking.Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalahsuatu kepuraan yang hipokrit.


Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti..

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaanadalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaanbukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akanmenganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalanmencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tanggamestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini.Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin.Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannyapun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?


Tanya sikit…adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? gantibercinta..

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberinafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkatadalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibatdalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan.Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.


Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh PENCIPTAmanusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabukbercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruahdirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengancinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidakbermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerimacinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh ALLAH.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?


Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercintaseolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiripenzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layakberkahwin kecuali dengan orangyang pernah berzina juga. Mereka tidak layakuntuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:

Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan denganperempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzinaitu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelakiyang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarangkepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur: Ayat 3)


Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin denganorang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dariTuhan.


Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yangpernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalahuntuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji untuk sehidup semati..

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yangmusnah?

Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluangkeemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana iasering berulang sehingga menjadi pepatah.


Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandanganlelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang ‘second hand’sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuanseperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive.Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goring dan segelas air sirapbandung,bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?


Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa adawalaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka adapasangannya. Firman Allah:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orangperempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripadamelakukan zina)…Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan danpahala yang besar(Al-Ahzab: ayat 35)

Bagaimana kami?


Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah sertamohon keampunan dariMya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapatredhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3syarat:

1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidakdiredhai Allah ini

2. menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurusdiri dalam percintaan

3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengansesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnyaadalah setelah ijap Kabul

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilahkekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkankepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlakyang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengankasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamuyang berdosa…


Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.

Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.


Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu.Terimalah taubat mereka


syukran..


Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan. Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya



0

 
photo

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer massa. Duis vel libero vitae leo placerat blandit. Sed a nisi ac turpis facilisis facilisis. Pellentesque ut enim. Nam mollis ante. Quisque a eros. Fusce rutrum. Donec suscipit lobortis turpis.

@Tue 24 Feb, 2009 20:16Green Banner: 24 February, 2009Green Banner Vector Graphic http://tinyurl.com/an5ptx

Template and Icons by DryIcons.com